Monday, June 19, 2006

Cinta Sofiyya

Pelajar-pelajar kelas 5 Sains Kejora riuh-rendah. Sekumpulan pelajar perempuan sedang rancak berbual tentang artis kesayangan mereka. Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Mawi menjadi topik perbualan.

“Siti lebih layak dengan Fazly, bukan Datuk K!”

“Hanya gossip aje keretakan rumah tangga Erra dengan Yusri. Lama-kelamaan redalah gossip tu.”

“Aku yakin Mawi akan setiapada tunangnya walaupun dah popular.”

Masing-masing mempertahankan artis kesayangan mereka. Di bahagian belakang kelas pula, sekumpulan pelajar lelaki rancak berbual tentang perlawanan bola sepak antara Perak dan Selangor merebut Piala Sumbangsih yang ditayangkan di kaca televisyen semalam.

“Malangnya nasib Gergasi Merah ditikam tanduk Seladang.”

Guru Matematik, Cikgu Jamilah tidak masuk ke kelas. Para pelajar mendapat tahu Cikgu Jamilah bersalin. Guru ganti belum ada. Peluang tersebut tidak dilepaskan. Keadaan Kelas 5 Sains Kejora macam kelas Tingkatan Satu jadinya. Pengawas dan Ketua Kelas pun ikut berborak rancak.

Hanya seorng pelajar perempuan sahaja yang sibuk menelaah pelajaran. Walaupun keadaan kelas hangar-bingar, dia pekakkan telinga. Dia sudah biasa dengan keadaan tersebut. Sesekali dia menjeling ke sebelah kiri. Di situ, dua orang pelajar sedang memadu kasih. Mereka tidak bercampur dengan rakan-rakan kelas yang lain. Terasa dunia saat ini milik mereka berdua.

“Lepas sekolah you temankan I ke Star ye,” ujar Mia Elisa manja.

“Sorry Mia. I dah janji dengan study group I. Esok kita ke sana ye.” Pujuk Izhami Reza. Dia harus menghadiri study group yang ditubuhkan bersama tiga orang rakannya.

“Alah you ni! You lebih pentingkan kawan-kawan you dari I, kekasih you sendiri.” Mia Elisa merajuk manja.

“I tak pernah anggap macam tu. Hanya you yang paling penting dan istimewa di hati I. Semalam I dah batalkan pertemuan dengan dia orang kerana you.”

“Kalau macam tu, tak apalah. I boleh ajak Dean temankan.” Mia Elisa dapat idea. Dean, pelajar Enam Atas juga meminatinya. Izhami Reza cukup marah kalau dia bertemu dengan Dean.

“Nanti I bagitahu kawan-kawan I. I akan batalkan temujanji I dengan mereka. I akan temankan you.” Izhami Reza tidak mahu kekasih hatinya itu beralih arah pada lelaki lain. Bukan mudah hendak memikat Mia Elisa yang mempunyai ramai peminat itu. Selain dikurniakan wajah yang cantik, Mia Elisa juga seorang peljar yang bijak dan aktif dalam bidang ko-kurikulum.

“You tunggu kejap ye. I nak jumpa Fiya.” Izhami Reza bingkas bangun dari tempat duduknya. Mia Elisa menjeling tajam.

Izhami Reza mendekati Sofiyya. Dia terasa segan hendak memaklumkan ketidakhadirannya pada gadis itu. Tentu Sofiyya dan rakan-rakan lain akan bengang dengan sikapnya. Dia terdesak antara kekasih dan study group.

“Fiya!”

“Hah!” Sofiyya tercengang-cengang. Dia langsung tidak menyedari kehadiran Izhami Reza di sebelahnya. “Apa hal?” Sofiyya meletakkan pen.

“Maaf mengganggu.”

Ada apa Reza?” Soal Sofiyya. Buku Biologi ditutupnya. Cermin mata dibetulkan. Izhami Reza tiak akan bercakap dengannya jika tiada hal. Dia hairan kenapa Izhami Reza mahu menjauhkan diri darinya. Dia tidak pernah menganggap lelaki itu sebagai musuh.

“Er…aku tak dapat join korang petang ni.” Terang Izhami Reza. Dia, Sofiyya, Maya dan Mukhlis menubuhkan study group sejak pertengahan tahun lepas. Setiap orang mempunyai kepakaran dalam subjek masing-masing. Izhami Reza bijak dalam subjek yang memerlukan pengiraan, Sofiyya dan Mukhlis pula bijak Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah serta Maya pakar dalam subjek sains.

“Kenapa?” Sofiyya sedikit marah.

“Er…aku ada hal.” Izhami Reza mengetuk jari atas meja. Dia sudah mendapat alasan.

“Semalam pun kau tak datang. Minggu lepas langsung kau tak datang.” Sofiyya meluah perasaan kesal.

“Papa minta aku melawat mama kat hospital. Kau pun tahu kan mama ditahan di wad.” Izhami Reza membuat helah. Sejak ibunya masuk wad minggu lepas, baru dua kali dia melawat ibunya di hospital.

“Kalau macam tu tak apalah. Aku akan maklumkan pada Maya dan Mukhlis.” Ujar Sofiyya. Maya dan Mukhlis berada di Kelas 5 Sains Polaris.

“Aku betul-betul minta maaf.”

Sofiyya hanya mampu menggeleng kepala. Izhami Reza menuju ke tempat duduk Mia Elisa, ratu pujaan sekolah. Izhami Reza benar-benar berubah sikap sejak kehadiran Mia Elisa awal tahun. Sejak kehadiran gadis cantik itu perhubungannya dengan Izhami Reza kian renggang…

# # #

“Sorang? Reza tak datang?” Soal Maya. Biasanya Sofiyya akan datang bersama Izhami Reza kerana rumah mereka bersebelahan.

Sofiyya menggeleng. Maya dan Mukhlis sudah tidak tahan dengan sikap Izhami Reza. Sofiyya tidak tahu bagaimana lagi hendak menasihati Izhami Reza. Lelaki itu sering mengelak dari bercakap dengannya. Jika bukan kerana mereka satu kumpulan belajar, pasti dia dan Izhami Reza tidak akan bertegur sapa. Walapun hati Sofiyya terluka dengan sikap Izhami Reza, namun dia tidak pernah berdendam pada lelaki itu.

Sofiyya memasukkan buku ke dalam beg galas setelah selesai mengulangkaji pelajaran bersama teman-temannya. Sukar bagi mereka bertiga untuk menyelesaikan setiap soalan Fizik kerana mereka bukan pakar dalam bidang tersebut. Hanya Izhami Reza mampu menyelesaikannya.

“Reza dah makin teruk! Mukhlis, kau tak nasihatkan dia ke?” Soal Maya.

“Dah tak makan nasihat nampaknya si Reza tu sejak Mia jadi kekasihnya. Asyik berkepit aje dengan Maya.” Mukhlis malas lagi hendak berjumpa dan menasihati Izhami Reza. Dia sudah putus asa dengan sikap Izhami Reza.

“Begitulah jadinya orang yang sedang mabuk bercinta. Reza dah tak hadir lebih dari sepuluh kali. Kita kena buat sesuatu. Tak boleh biarkan Reza buat kita macam ni. SPM dah nak dekat dah.” Rungut Maya. Dia mahu teman-temannya mengenakan tindakan keras ke atas Reza. Jika keadaan terus-terusan begini bererti lingkuplah study group mereka. Tahun lepas study group mereka diiktiraf pihak sekolah sebagai study group paling aktif dan berjaya meningkatkan prestasi akademik ahli-ahlinya.

“Reza tak datang hari ni sebab dia pergi melawat ibunya di hospital. Kita harus faham keadaannya. Aunty Rose mengidap breast canser.” Sofiyya cuba membersihkan nama Izhami Reza.

“Kau percaya ke? On the way ke sini, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri si Reza tu berkepit dengan Mia di luar Star Shopping Complex. Kau dah kena tipu dengan si Reza tu, Fiya. Tak sangka ye, kau kawan baiknya sendiri pun dia sanggup menipu.”

Sofiyya terdiam. Dia sendiri maklum akan penipuan Izhami Reza. Dia Cuma tidak mahu bertekak dengan lelaki itu. Persahabatannya dengan Izhami Reza harus dijaga. Mereka bersahabat sejak di bangku sekolah rendah lagi. Izhami Reza telah banyak membantunya dalam pelajaran. Dia amat menghargai jasa baik lelaki itu.

“Aku hairanlah, kenapa Reza boleh terpikat dengan perempuan macam tu. Dah le mengada-ngada kat sekolah, sombong pulak tu. Dengan aku mana dia nak senyum. Apasal Reza sanggup tinggalkan kau, Fiya? Kau dengan Mia, kau jauh lebih sesuai dipadankan dengan Reza.” Maya menggerutu.

Sofiyya membisu. Malas dia hendak menyampuk. Dia dan Izhami Reza tidak pernah bercinta. Dia sudah menceritakan hal yang sebenar pada Maya dan Mukhlis tetapi mereka tetap menuduhnya pernah menjalinkan hubungan dengan Izhami Reza. Sofiyya dan Izhami Reza memang baik. Namun hubungan mereka hanya setakat itu biarpun dalam hati Sofiyya mahu jauh lebih dari itu.

“Mia suka pada Reza sebab Reza tu kan anak orang kaya. Duit banyak.”

“Aku rasa macam tu juga.” Balas Mukhlis.

“Mia tu sebenarnya perempuan pisau cukur.”

“Mana kau tahu?” Soal Mukhlis yang tampak berminat.

“Aku tahulah. Sepupu aku satu sekolah dengan Mia sebelum Mia pindah ke sini. Dah banyak lelaki dia permainkan.”

Sofiyya terus mendengar. Dia bertambah simpati pada Izhami Reza. Dia berharap Mia Elisa tidak permainkan perasaan Izhami Reza. Lelaki itu benar-benar cintakan Mia Elisa. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan cinta Mia Elisa. Walaupun Sofiyya kecewa dengan perubahan Izhami Reza, namun dia tidak pernah mendoakan keburukan ke atas lelaki pertama yang bertakhta di hatinya itu. Dia mahu Izhami Reza bahagia untuk selamanya.

# # #

“You nak cari apa kat sini?” Aju Izhami Reza.

“Kawan I cakap ada sebuah kedai pakaian yang menjual pelbagai jenis fesyen terkini. Haa…itu pun.” Mia Elisa menarik tangan Izhami Reza. Gedung pakaian tersergam di hadapan matanya.

Mia Elisa membelek-belek pakaian yang digantung. Skirt kembang dan blous kimono menarik perhatiannya. Kalau boleh dia mahu membeli semua pakaian yang menarik perhatiannya. Namun dalam dompetnya hanya ada RM50.

“I nak cuba yang ni dulu.” Mia Elisa membawa pakaian tersebut ke bilik persalinan.

Izhami Reza termenung di luar. Kedai tersebut hanya menjual pakaian wanita. Dia teringatkan study groupnya. Tentu mereka sekarang sedang belajar. Dia mengeluh kecil. Study group dan Mia Elisa sama-sama penting buat dirinya.

Lima minit kemudian Mia Elisa muncul di depan mata Izhami Reza. Mia Elisa memusingkan badannya.

“Cantik tak?”

“Cantik. You pakai apa pun cantik.” Balas Izhami Reza. Dia gembira kerana akhirnya Mia Elisa menjadi miliknya. Bukan mudah hendak menawan hati gadis itu. Izhami Reza akui yang dia belum pernah berjumpa dengan wanita secantik Mia Elisa.

Mia Elisa senyum lebar bila mendapat pujian. Hatinya masih belum puas. Bukan setakat pujian yang diinginkannya. Dia mahu lebih dari itu.

“I tak boleh pilih baju ni.”

“Kenapa? Cantik apa baju tu bila you pakai.”

“Mahal. I tak mampu.”

Izhami Reza tersenyum. “I akan bayarkan. You jangan bimbang tentang tu.”

“Mana boleh. Setiap kali I beli pakaian you yang bayar.”

“Apa salahnya. You kan teman wanita I.” Izhami Reza bangga jika dapat membantu Mia Elisa. Jika Mia Elisa gembira, dia juga akan turut gembira. Izhami Reza memaut pinggang Mia Elisa manja.

# # #

Sofiyya menatang dulang ke ruang tamu. Ibunya, Puan Aziah sedang rancak berbual dengan Aunty Rose, ibu Izhami Reza. Aunty Rose sudah pulang dari hospital sejak tiga hari yang lalu. Walaupun masih lemah, Aunty Rose memang tidak boleh duduk diam. Kata Aunty Rose, dia bosan duduk di rumah seorang diri, hanya ditemani neng Ani. Sebab itu Aunty Rose berkunjung ke rumah Puan Aziah.

“Minum aunty.” Sofiyya menghulurkan secawan coffee mix kepada Aunty Rose.

“Fiya, aunty nak tanya sikit.” Aunty Rose menyambut cawan yang dihulurkan. Dia memang cukup berkenan dengan sikap Sofiyya sejak gadis itu masih kanak-kanak. Kini gadis itu sudah melangkah kea lam remaja dan menjadi seorang anak gadis yang cukup bersopan santun.

Ada apa aunty?” Sofiyya melabuhkan punggung di sofa, bersebelahan ibunya.

“Fiya perasan tak perubahan pada sikap Reza?” Aunty Rose yakin tentu Sofiyya tahu mengapa anaknya berubah sikap. Sofiyya dan Izhami Reza memang rapat sejak kecil lagi. Jika ada masalah Izhami Reza lebih senang memberitahu Sofiyya dari dirinya.

“Perubahan macam mana maksud aunty?” Aju Sofiyya. Namun dia sudah dapat menduga perubahan yang dimaksudkan oleh Aunty Rose. Jika dia dan teman-teman perasan perubahan Reza, tentu Aunty Rose lebih lagi.

“Reza selalu balik lewat. Jam lima enam petang baru sampai di rumah. Pada hal sekolah tamat jam dua kan. Bila aunty tanya, dia cakap ada kelas tambahan. Betul ke?”

“Kelas tambahan? Er…aa.” Sofiyya mengangguk. Izhami Reza sudah pandai berbohong pada orang tuanya. Mana ada kelas tambahan. Yang ada hanya belajar secara berkumpulan. Itu pun jam 3.00 hingga 5.00 petang.

“Tapi Fiya balik awal. Jam 2.10 dah ada di rumah.”

“Reza mungkin tak nak balik. Orang lelaki senang aunty. Mereka boleh mandi dan sembahyang di surau sekolah.” Mungkin Aunty Sofiyya masih belum menghidu perhubungan Izhami Reza dengan Mia Elisa yang baru termeterai dua bulan yang lalu. Sofiyya yakin tentu Aunty Rose tidak suka anaknya menjalinkan hubungan cinta ketika masih di alam persekolahan.

“Lega sikit hati aunty sekarang. Aunty cuma bimbang dia bercampur dengan budak-budak dadah.”

Sofiyya rasa bersalah. Dia terpaksa juga berbohong biarpun dia tak ingin melakukannya. Sofiyya akan menasihati Izhmi Reza. Lelaki itu adalah anak tunggal Aunty Rose dan Uncle Razi. Tentu harapan mereka disandarkan sepenuhnya ke atas Izhami Reza. Sofiyya tidak akan membiarkan temannya itu menghampakan harapan orang tuanya.

# # #

“Ujian bulanan awak jatuh mendadak untuk lima subjek.” Ujar Cikgu Anuar, guru kelas 5 Sains Kejora.

Izhami Reza hanya tertunduk memandang meja. Dia akui markah untuk Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, Kimia dan Biologi jatuh merudum.

“Kenapa boleh jadi macam ni?”

“Ujian susah cikgu.” Selamba Izhami membalas.

“Mana ada ujian yang senang? Kamu tak belajar sebab tu keputusan kamu jatuh.”

“Saya belajar cikgu, tapi…”

“Tapi saya terpaksa bahagikan masa belajar dan masa untuk kekasih. Macam tu? Kamu ingat saya tak tahu perhubungan kamu dengan Mia Elisa? Kamu sedar tak sejak kamu bercinta, kamu dah abaikan pelajaran. Kamu tu masih budak sekolah. Cintan cintun ni tolak ke tepi dulu!”

“Saya tahu apa yang saya buat cikgu.” Izhami Reza sedikit tercabar. Dia bukan budak-budak lagi. Dia sudah boleh buat keputusan sendiri. Cikgu Anuar mahupun cikgu-cikgu lain tak berhak membuat keputusan ke atas dirinya.

“Berfikirlah secara waras Reza. Saya tak mahu kamu kecundang dalam SPM nanti. SPM adalah penentu arah hidup kamu.”

Izhami Reza pekakkan telinga. Malas dia hendak mendengar leteran Cikgu Anuar yang seolah-olah tak akan berhenti. Baru dua hari lepas dia dan Mia Elisa dipanggil berjumpa dengan Cikgu Kaunseling. Mereka dinasihatkan supaya tidak menjalinkan perubungan ketika masih bersekolah. Izhami Reza mual mendengarnya.

Izhami Reza melangkah keluar dari bilik guru dengan seribu satu macam perasaan.

“Reza!”

Izhami Reza menoleh ke sebelah kanan. Sofiyya kelihatan di situ.

“Kau tak balik lagi?” Soal Izhami Reza. Jam sudah melepasi pukul 2.30 petang.

“Aku ada hal nak cakap dengan kau.” Sofiyya mahu Izhami Reza kembali seperti dulu. Dia tidak mahu sahabatnya itu terus hanyut.

“Kenapa?” Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu pagar sekolah.

“Kau dah pandai berbohong sekarang.”

“Apa maksud kau?” Izhami Reza mengerutkan dahi. Kenapa Sofiyya menuduhnya begitu? Adakah gadis itu sudah tahu pembohongannya tempoh hari?

“Aunty Rose datang semalam. Aunty Rose mahu pastikan betul ke kita ada kelas tambahan lepas sekolah. Kau bohong aunty, kan?”

Izhami Reza terdiam. Kalau dia bagitahu perkara yang sebenar tentu ibunya akan meleterinya. Ibunya sering menasihatinya supaya tiak terperangkap dalam jerat cinta ketika masih bersekolah.

“Kau dah banyak berubah sekarang. Kau dah tak macam dulu lagi. Aku simpati pada aunty kalau dia tahu perkara yang sebenar.”

“Kalau kau tak buka mulut, aku yakin ibu aku tak akan tahu.”

“Kau perasan tak, sejak kau couple dengan Mia, pelajaran kau dah menurun. Kau juga dah pandai berbohong.”

“Hal aku, kau janganlah masuk campur.” Izhami Reza malas hendak mendengar leteran lagi. Telinganya sudah sakit.

Sofiyya terkedu. Dulu, lelaki itu sering mengadu masalah kepadanya. Tapi kini… Sofiyya menahan sendu.

“Petang ni, belajar seperti biasa. Jam 4.00 petang. Kau mesti datang.”

“Aku datanglah nanti.”

“Kalau kau tak datang…”

“Kenapa? Korang nak buang aku?”

“Kami terpaksa.”

“Aku datanglah nanti.” Izhami Reza tidak mahu kehilangan teman-teman. Dia masih memerlukan mereka untuk membantunya dalam pelajaran. Dia akan membuktikan pada guru-guru sekolah dan Sofiyya bahawa percintaannya tidak akan mengganggu sedikit pun keputusan SPMnya nanti.

# # #

Izhami Reza keluar dari bilik air. Dia mencapai seluar dan t-shirt yang tergantung dalam almari. Dia mahu segera bertemu dengan study groupnya. Dia tidak boleh tidak datang kali ini. Jika tidak dia akan dibuang. Tiba-tiba telefon bimbit yang diletakkan di atas rak di penjuru bilik berdering. Izhami Reza segera mencapai telefon bimbitnya. Tertera nama Mia dia situ.

“Reza, I nak jumpa you sekarang.”

“Sekarang?”

“Iye, sekarang.”

“I tak bolehlah. I dah janji dengan kawan-kawan I hari ni.”

“I…I ada hal penting.” Suara Mia Elisa kedengaran lain. Gadis itu seperti dalam keadaan teresak-esak.

“Hal apa? Tak boleh ke kita jumpa malam ni?”

“Kalau you tak datang jumpa I sekarang, perhubungan kita putus!”

“Tapi…”

Mia Elisa sudah menamatkan panggilan.

Izhami Reza kebingungan. Dia dalam dilemma. Jika dia tidak pergi berjumpa dengan Mia Elisa sekarang bererti perhubungan mereka akan putus. Izhami Reza tidak sanggup kehilangan Mia Elisa. Namun dia juga tidak sanggup kehilangan study group. Izhami Reza benar-benar bingung.

# # #

Sofiyya hanya mampu memerhati dari jauh pasangan kekasih yang sedang mabuk bercinta. Izhami Reza lebih pentingkan perasaannya. Lelaki itu rela dibuang oleh ahli kumpulan mereka. Kini kumpulan mereka hanya tinggal tiga orang. Mukhlis dan Maya tidak bergaduh lagi tentang Izhami Reza kerana lelaki itu bukan ahli kumpulan mereka lagi.

Sofiyya melangkah keluar dari kedai buku. SPM tinggal sebulan lagi. Segala persiapan telah dilakukannya. Dia berharap Izhami Reza begitu juga biarpun pelajaran lelaki itu semakin merosot setiap kali markah bulanan diumumkan. Dari tempat ketiga yang sering diduduki Izhami Reza, kini lelaki itu menduduki tangga ketiga dari belakang. Sofiyya tidak mampu berbuat apa-apa lagi untu menyedarkan Izhami Reza. Nasihat telah diberikan namun Izhami Reza langsung tidak pakai nasihat yang diberi. Sofiyya bak mencurah air ke dalam daun keladi.

“Kau apa hal nak ganggu hidup Reza?” Soal Mia Elisa suatu hari.

“Dia kawan aku, dia juga jiran aku. Tentulah aku harus nasihatkannya kalau dia ada buat salah.”

“Reza tak ada buat apa-apa yang salah. Kau aje yang sibuk. Macamlah dia tu teman lelaki kau. Hei, kau sedarlah sikit. Reza langsung tak suka pada kau, tau tak? Menyampah adalah! Reza sendiri yang bagitahu aku.”

Sofiyya hanya mampu memendam perasaan. Kecewa hatinya bila dituduh sebgai penyibuk. Bertambah kecewa hatinya apabila Izhami Reza menyampah dengan sikapnya. Dia sekadar ingin membantu, tidak lebih dari itu.

# # #

Sofiyya menitiskan air mata sebaik sahaja menatap slip keputusan peperiksaannya. Dia berjaya mendapat 6 1A dan 3 2A. Usahanya ternyata berbaloi.

“Fiya, berapa kau dapat?” Soal Maya.

“Nah.” Sofiyya bertukar slip peperiksaan dengan Maya.

“Wow, semua A. Jeolus aku!”

“Kau pun apa kurangnya. Satu aje dapat 3B. Eh, Mukhlis macam mana?”

“Entahlah. Dia ada di luar negara sekarang. Esok baru balik.”

“Tentu Mukhlis dapat keputusan bagus.”

“Harap-harap semua kumpulan kita berjaya.”

Sofiyya terus teringatkan bekas ahli kumpulan mereka, Izhami Reza. Dia belum melihat kelibat Izhami Reza di sekolah. Sofiyya berharap Izhami Reza turut mendapat keputusan yang cemerlang. Aunty Rose selalu memberitahu Sofiyya tentang harapannya pada Izhami Reza. Aunty Rose mahu Izhami Reza melanjutkan pelajaran di universiti.

Sofiyya terpandang Izhami Reza sedang melangkah turun dari kereta. Tentu Izhami Reza baru tiba untuk mengambil keputusan peperiksaan. Sofiyya mendoakan kejayaan ke atas sahabatnya itu. Walaupun mereka tinggal berjiran, namun mereka jarang berjumpa. Izhami Reza keluar mengembara bersama teman-temannya sewaktu menanti keputusan SPM. Sofiyya pula menghadiri kelas memandu dan kelas jahitan.

Izhami Reza melihat keputusan yang tertera. Dia benar-benar kecewa. Terbayang wajah ibu dan ayahnya. Tentu mereka jua turut kecewa dengan keputusan peperiksaannya.

“Reza!”

Izhami Reza terpinga-pinga lalu segera menoleh ke kiri. Sofiyya dan Maya sedang melangkah menghampirinya. Izhami Reza jadi malu tiba-tiba. Dia yakin Sofiyya dan Maya mendapat keputusan yang cemerlang melihatkan reaksi di wajah mereka yang ceria.

“Macam mana keputusan kau?” Aju Maya.

“Tak okey.” Izhami Reza segan untuk memberitahu keputusannya. “Kau?”

“Bolehlah.” Balas Maya.

“Kau Fiya?”

“Alhamdulillah.”

“Fiya dapat 6 1A dan 3 2A.”

“Wow! Tahniah!”

Sofiyya hanya tersenyum. Dia ingin tahu sangat keputusan Izhami Reza namun lelaki itu agak keberatan untuk menunjukkan keputusannya. Entah kenapa dia yang bimbang jika keputusan Izhami Reza mengecewakan. Mungkin masih ada rasa sayang di hatinya terhadap lelaki itu.

“Mia? Kau tak datang dengan dia ke?” Soal Maya.

“Dia dah ambil keputusan.”

“Macam mana keputusan dia?”

“Kalau tak salah dia dapat 4 1A.” Izhami Reza bangga dengan keputusan Mia Elisa. Namun dia tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaan gadis itu. Dia hanya mendapat 2 1A, selebihnya 3B dan 5C.

# # #

Izhami Reza termangu di katil. Dia memegang handset. Panggilan dari Mia Elisa amat diharapkan. Dia sudah menghubungi gadis itu namun telefon bimbit gadis itu tidak aktif. Sudah tiga bulan Mia Elisa melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi. Setiap hari mereka berhubung. Namun sejak akhir-akhir ini Mia Elisa sudah jarang menghubunginya. Dia juga gagal menghubungi teman wanitanya itu.

Tiga bulan menanggung rindu amat menyiksa jiwa. Izhami Reza teringin untuk ke Perlis namun ayahnya menghalang. Mereka berada di selatan tanah air. Encik Razi tidak mengizinkannya memandu kereta seorang diri. Izhami sudah tidak mampu menanggung rindu lagi. Izhami Reza juga diserang kebimbangan. Dia bimbang jika teman wanitanya akan beralih arah. Dia tidak mungkin dapat hidup tanpa gadis itu di sisi.

Izhami Reza merenung ke luar jendela. Sofiyya juga berjaya melangkahkan kaki ke kolej matrikulasi. Dia bertambah malu. Sutau tika dulu mereka pernah berjanji untuk sama-sama melangkah kaki ke menara gading. Kini janji itu hanya tingal janji.

Kerana gagal mengikut jejak Mia Elisa, Izhami Reza kehilangan semangat untuk belajar. Sudah berbuih mulut ayah dan ibunya menasihatinya supaya menyambung pelajaran di kolej swasta. Izhami Reza benar-benar malas lagi untuk menyambung pelajaran. Dia mahu cari kerja yang berdekatan dengan tempat Mia Elisa belajar. Namun Encik Razi menghalang niatnya. Encik Razi menyuruh Izhami Reza ke pejabatnya jika Izhami Reza mahu bekerja.

# # #

Sofiyya melangkah keluar dari perpustakaan.

“Kita ke kafe?” Ajak Izzian, teman baru Sofiyya yang berasal dari Pulau Pinang. Mereka menjadi sahabat baik sejak hari pertama mendaftar di kolej matrikulasi.

“Okey.” Balas Sofiyya. Dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kolej. Pada minggu pertama, dia asyik menangis kerana merindui ibu, ayah dan adik-adiknya. Dia juga merindui seseorang.

Sofiyya terhenti melangkah. Matanya terpaku.

“Kau kenal ke pasangan kekasih tu?” Aju Nisa.

“Yang perempuan sahaja.” Jelas Sofiyya. Dia dapat melihat dengan jelas kemesraan Mia Elisa dengan seorang lelaki. Mereka sedang melangkah menuju ke sebuah kereta. Lelaki tersebut membuka kereta untuk Mia Elisa. Sofiyya yakin hubungan Mia Elisa dan lelaki tersebut bukan sekadar teman biasa. Tentu lebih dari itu.

“Yang lelaki tu aku kenal. Firdaus namanya. Aku satu sekolah dengan dia dulu. Banyak mak we tu. Buaya darat!”

Sofiyya tarik nafas. Dia tiba-tiba jadi simpati pada Izhami Reza…

# # #

Sofiyya menyiram bunga di taman. Sudah dua hari dia bercuti. Gembira hatinya dapat menemui orang tua dan adik-beradiknya. Banyak cerita yang dikogsi bersama. Menurut ibunya Izhami Reza tidak sambung belajar. Lelaki itu juga tidak bekerja. Menurut ibunya lagi Izhami Reza sering dimarahi Aunty Rose dan Uncle Razi kerana sering pulang lewat malam. Sofiyya terkejut mendengarnya. Ketika dia masih baik dengan lelaki itu, jarang sekali leaki itu pulang lewat malam.

“Assalamualaikum!”

Nia segera memandang ke luar pagar. Izhami Reza tercegat di situ. Hatinya terus gembira melihat lelaki itu. Nia segera membuka pintu pagar lalu menjemput Izhami Reza masuk. Lelaki itu kelihatan kurus. Mukanya juga sedikit cengkung.

“Jomlah ke dalam.”

Izhami Reza menggeleng. “Di sini saja. Bila kau balik?”

“Dah dua hari dah.”

“Cuti?”

“Aha. Kenapa?”

“Tak ada apa-apa. Er…kau pernah jumpa Mia di sana?”

“Selalu juga.”

“Dia apa khabar?”

“Kau dengan dia…dah tak berhubungan lagi ke?” Sofiyya mengerut dahi.

“Masih. Er…aku pergi dulu.” Izhami Reza keberatan untuk memberitahu kerengganan perhubungan mereka. Tentu Sofiyya akan mentertawakannya.

“Minum dulu.”

Izhami Reza sudah melepasi pagar. Sofiyya menggeleng kepala. Dia yakin tentu pehubungan Izhami Reza dengan Mia Elisa ada masalah. Dia malas hendak memberitahu Izhami Reza perkembangan Mia Elisa di kolej. Tentu lelaki itu tidak percaya cakapnya. Sofiyya malas hendak mencampuri urusan mereka.

# # #

“Aunty, saya nak jumpa Mia. Mia ada aunty?”

“Mia tak balik lagi.”

“Hah? Mia tak balik lagi? Dia ke mana? Mereka cuti sekarang, kan?” Kecewa Izhami Reza apabila gagal untuk bertemu dengan Mia Elisa. Dia sudah tidak sabar untuk menemui teman wanitanya itu.

“Dia balik lewat sikit. Ada urusan di kolej katanya. Reza ada nak pesan apa-apa ke? Aunty akan sampaikan bila Mia balik nanti.”

“Tak apalah aunty. Cuma maklumkan pada dia yang saya ke sini.” Izhami meninggalkan rumah tersebut dengan hampa. Dia akan datang lagi sehingga berjaya menemui Mia Elisa.

Seminggu kemudian Izhami Reza bertamu lagi ke rumah Puan Kamisah. Jawapan yang diterima tetap hampa. Mia Elisa masih belum pulang. Izhami Reza tidak mampu menunggu dan terus menunggu lagi. Dia harus menemui Mia Elisa segera.

“Fiya, kau kena tolong aku.” Rayu Izhami Reza. Perasaan malu ditolak ke tepi.

“Tolong apa?”

“Aku nak jumpa Mia di kolej. Kalau aku berterus-terang pada ayah, tentu ayah tak bagi. Jadi aku nak minta kau pura-pura ada hal di kolej dan minta aku hantarkan.”

“Apa? Kau nak suruh aku menipu pada orang tua kau dan orang tua aku sekali?”

“Tolonglah Fiya. Aku dah tak tahan rindu pada Mia. Aku kena jumpa dia.”

“Tapi…”

“Please….”

# # #

“Kita makan di sini dulu.” Izhami Reza mematikan enjin kereta di tempat letak kereta hentian sebelah.

Sofiyya dan adiknya, Syuhaida melangkah turun dari kereta. Sofiyya masih rasa bersalah kerana terpaksa membohongi orang tuanya. Izhami Reza telah merayunya berkali-kali. Kerana kasihan, dia kahirnya bersetuju. Sia-sia sahaja cinta Izhami Reza terhadap Mia Elisa. Gadis itu tidak pernah menghargai cinta yang hadir. Sofiyya tidak sampi hati hendak memberitahu Izhami Reza perkara yang sebenar. Biarlah Mia Elisa sahaja yang berterus-terang.

Mereka bertiga memilih tempat duduk.

“Kau dengan Aida pergi ambil makanan dulu.” Ujar Izhami Reza yang sudah tidak sabar lagi hendak bertemu Mia Elisa. Perjalanan masih jau. Mereka baru berada di Rawang.

Izhami Reza cuba menghubungi Mia Elisa. Gagal! Izhami Reza mengeluh panjang. Dia menggosok lehernya yang terasa sakit. Dari Johor Bahru, dia masih belum berhenti memandu. Tiba-tiba pandangan Izhami Reza melekat pada seseorang. Matanya terpaku. Darahnya tersirap. Mia Elisa sedang memaut pinggang seorang lelaki yang sudah berumur!

“Tak ambil makanan ke?” Aju Sofiyya bila dilihatnya Izhami Reza masih di bangku. Dia dan Syuhaida sudah hamper habis makan. Izhami Reza kelihatan gelisah. Sesekali lelaki itu menoleh ke hadapan. Sofiyya perlahan-lahan menoleh ke belakangnya. Di situ dia melihat Mia Elisa dan seorang lelaki tua. Yang pasti lelaki itu bukan ayah Mia Elisa.

“Kita berpatah balik.”

“Kenapa?” Sofiyya sudah dapat mengagak kenapa Izhami Reza membuat keputusan tersebut. Tentu Izhami Reza sudah menemui jawapan kini.

“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku tentang Mia? Dia dah ada teman lelaki lain! Kenapa kau sembunyikan perkara ni dari aku?”

“Aku tak mahu masuk campur urusan kau.” Puas hati Sofiyya dapat membalas semula kata-kata Izhami Reza. Biar lelaki itu sedar akan kealpaannya selama ini.

Mia Elisa bukan setakat sudah ada kekasih baru, malah gadis itu juga telah ditangkap basah bersama bekas kekasihnya dikolej, Firdaus. Mereka kini bukan pelajar matrikulasi lagi. Sofiyya malas hendak memberitahu hal tersebut kepada Izhami Reza. Biarlah Izhami Reza hanya tahu setakat yang dia tahu sahaja. Nanti bertambah hancur pulak hati lelaki itu.

# # #

Tiga bulan telah berlalu. Izhami Reza sudah dapat melupakan Mia Elisa. Gadis itu memang tidak berhak menerima cintanya yang suci. Selama ini dia telah jatuh cinta pada orang yang salah. Izhami Reza menyesali perbuatannya. Dia sudah mendaftar di sebuah kolej untuk menyambung pelajarannya.

Sejak akhir-akhir ini dia mula teringatkan seseorang. Sebelum kehadiran Mia Elisa dalam hidupnya, dia memang baik pada Sofiyya. Gadis itu telah banyak membantunya. Namun tak pernah dia menghargai budi Sofiyya. Maya pernah memberitahunya yang Sofiyya menyimpan perasaan padanya. Dia tidak peduli kerana ketika itu dia benar-benar gila pada Mia Elisa. Mia Elisa hanya cantik di luar, tapi tidak di dalam. Berbeza dengan Sofiyya.

Sofiyya menamatkan panggilan telefon. Sejak akhir-akhir ini Izhami Reza sering menghubunginya. Mereka hanya berbual kosong. Namun kekadang terselit juga bicara Izhami Reza yang dalam maksudnya. Izhami Reza mahu berbaik dengannya semula.

“Siapa?”

“Reza.” Sofiyya berterus-terang. Dia kini bahagia bersama Mukhlis. Biarlah dia mencintai lelaki yang mencintainya.

2 comments:

Anonymous said...

perlu dipanjangkan lagi...

Catatan ZZ said...

Insya Allah... kena cari idea dulu..